Thursday, 15 February 2018

RAKYAT SEDAR AZMIN CURI TANAH, KHAIRUDDIN, ECOWORLD DAN DAIM GAMANY KENYANG

Pada 22 September 2015, Eco World Group Development Berhad (Eco World) mengumumkan cadangan membeli tanah seluas 2,198.4 ekar di Ijok, Kuala Selangor secara tunai RM1.18billion. Ia melibatkan tanah pertikaian di mahkamah Mujur Zaman Sdn Bhd, dan LBCN Development Sdn Bhd (bawah Khairuddin) yang diambil alih secara paksa kerajaan Selangor dan dijual kepada EcoWorld projek perumahan integrasi seluas 1,400 ekar, Eco Grandeur, Eco Business Park V, and perumahan mampu milik, Laman Indah. Berapa komisen Azmin Ali dapat?

1. Akhirnya episod Skandal tanah Ijok melalui episod baru selepas Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bersama Timbalannya Eric See-To mengadakan sidang media mengenai skandal tanah RM1.18 bilion di mukim Ijok kepada dua syarikat pada 2016. 


2. Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata tindakan menyerahkan tanah seluas kira-kira 880 hektar itu sebelum kes berkenaan didengar di Mahkamah Persekutuan, menimbulkan pelbagai persoalan kerana keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan memihak kepada kerajaan negeri dalam isu mendapatkan balik tanah itu.

Friday, 2 February 2018

KERANA LOMBONG PASIR : SHUHAMI KETUA KARTEL MB SELANGOR BAKAL DITANGKAP?


1. Mengejar anak saudara Azmin Ali MB Selangor, Mohd Nuzul Fadli atau "Aboy' yang tidak bekerja sering mengikut Azmin ke mana saja, berkenderaan, gaya, percutian, hobi dan rumah mewah yang diberi oleh kontraktor pasir bukanlah dilakukan sehari dua. Pastinya berbulan dan mungkin tahun. Namun tidak sukar menangkapnya kerana bukti sentiasa ditunjukkan dalam facebook dan instagramnya. Mudah menangkapnya!

2. Yang pasti anak saudara Azmin Ali bakal didakwa tidak lama lagi. Sama ada cepat atau lambat bergantung kepada kertas pendakwaan yang diluluskan oleh Peguam Negara. Azmin atau Pak Teh pasti menggila kerana anak kakak kesayangannya kena.

3. Ada banyak isu rasuah di Selangor seperti mahris, kilang haram, lombong pasir, Skandal tanah Sungai Yu namun jangkaan Captain M isu yang bakal menjerat Selangor semula ialah isu tanah Ijok perdana, LCBN yang dijual kepada Eco World.

Friday, 19 January 2018

HABISLAH! LIM GUAN ENG DAN SHAFIE APDAL BAKAL DIPANGGIL SPRM SEMULA?




1. Dua kes yang menarik menjadi perhatian umum Disember 2017 dan Januari 2018 ialah kes rasuah pembelian tanah RISDA RM155 juta melibatkan Dato’ Seri Shafie Apdal, Datuk Peter Anthony dan Peguam Michael P Ubu. Satu kes lagi ialah Terowong Dasar Laut Pulau Pinang RM6.3 bilion yang telah diintai lama.

2. Kedua-dua kes ini akhirnya menahan reman pelbagai pihak yang terlibat. Peter Anthony ditahan reman selama 7 hari bermula 5 Januari lalu manakala Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli CEO syarikat Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd dan Datuk Ewe Swee Kheng Timbalan Pengerusi Syarikat Ewein Berhad direman SPRM 10 Januari lalu. 

3. Bagi kes mencuri dana deposit RM15.5 juta RISDA Peguam KDM Michael P.Ubu telah melarikan diri ke luar negara dari disiasat SPRM. Sebab apa? Takut bersalah. Jika dia ditahan Shafie Apdal dan Peter Anthony akan ditimpa masalah. Saksi-saksi di RISDA yang memberi maklumat pastinya akan dilindungi. Paling penting Shafie dan Peter ditangkap dan dituduh dimahkamah nanti.

Thursday, 4 January 2018

HANYA 48 JAM! DI MANA SHAFIE DAN WARISAN SEMBUNYIKAN PETER ANTHONY NAIB PRESIDENNYA?


1. Selepas Peter Anthony menghilang 2 bulan apakah agaknya perasaan Shafie Apdal Pemangku Presiden Parti Warisan apabila SPRM mengiklankan mencari Peter Anthony Naib Presiden Warisan dan juga Peguamnya Micheal P Ubu bagi kes Skandal melesapkan wang deposit RM15.5 juta milik RISDA  bagi pembelian tanah ladang sawit Tongod RM155 juta.

2. Persoalannya di mana Shafie Apdal sembunyikan Peter Anthony? mustahil Shafie Apdal tidak tahu. Micheal P Ubu juga hilang sejak beberapa bulan lalu selepas desas-desus kes ini didedahkan sejak tahun lalu. RISDA yang melaporkan kes pecah amanah ini pada Mac 2016 turut berdiam diri seakan-akan ada sesuatu yang disembunyikan oleh mereka.

3. Kenyataan media dan pengiklanan SPRM mencari Peter Anthony pasti memberi imej buruk kepada Parti Warisan apabila pemimpinnya diburu kerana rasuah. Ia membayangkan Peter Anthony melarikan diri serta takut. Jika dia tidak bersalah pasti sejak dua bulan lalu Peter melaporkan diri setiap bulan kepada SPRM namun mengapa Peter dan Peguamnya memilih bersembunyi? Ini amat memalukan!

4. Shafie Apdal dan pemimpin Warisan mesti tampil dan membantu SPRM mendedahkan di mana Peter Anthony. Semoga mereka tidak bersekongkol menyembunyikannya sebelum rakyat mendedahkan di mana Peter Anthony berada. Kes RISDA ini menakutkan Peter kerana bukti rasuah amat jelas berlaku. Peter tidak boleh melepaskan diri dari kes ini.

Captain M
4 Januari 2018

Saturday, 30 December 2017

SATU LAGI KES SHAFIE APDAL DAN PETER ANTHONY BAKAL DIKANDANGKAN OLEH SPRM KERANA KES RISDA!

PENYELEWENGAN DANA RISDA

1. Hari ini media perdana Utusan Malaysia menyiarkan dimuka depannya "Kes jualan tanah RISDA RM15.15 juta di Sabah: Bekas Menteri disiasat".


2. Kisah penyelewengan Shafie Apdal bekas Menteri KKLW yang kini Presiden Warisan bersama Peter Anthony Naib Presiden Warisan yang juga pemilik Syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd sudah didedah seawal 28 Oktober 2016. 

Wednesday, 13 December 2017

SKANDAL TANAH SUNGAI YU ADA UNSUR RASUAH! EXCO ATAU MB SELANGOR BAKAL DIPANGGIL SPRM?


1. Selepas Skandal Rasuah anak saudara Azmin Ali di Selangor yang mengundang ugutan Azmin sebagai "Jangan Sentuh Keluarga Saya" menggundah gulanakan Azmin kini isu Skandal Tanah Sungai Yu bakal mencetuskan isu kerana bakal disiasat SPRM. Titik persoalan Skandal Tanah Sungai Yu ialah bagaimana tanah orang miskin diberi kepada mereka yang tidak layak. 


Tuesday, 5 December 2017

ABANG DAN ABANG IPAR AZMIN BAKAL DIPANGGIL SPRM? MEROYANLAH AZMIN!


1. Sejak 'Aboy' anak Saudara Azmin Ali direman SPRM Azmin MB Selangor berterusan menyerang SPRM memperlihatkan sikap 'double standard' nya terhadap SPRM. Jika pegawai PBT ditahan SPRM beliau mahu diserahkan kepada SPRM  tetapi jika anak saudaranya Azmin berkata ini satu 'konspirasi'. Tahniah pada SPRM terus 'cool' dan profesional.

2. Portal Sabahkini2 yang melaporkan awal penangkapan Mohd Nuzul Fadli pada 29 November lalu dengan istilah 'Anak Saudarar MB Selangor' sekali lagi pada 2 Disember membuat laporan Mohamed Azman Ali abang Azmin MB Selangor bakal dipanggil SPRM tidak lama lagi. Tanda-tanda meroyan dah ada.

3. Hari ini utusan turut melaporkan "Lagi keluarga terdekat MB Selangor dalam radar SPRM" . Laporan itu menyebut satu lagi tangkapan akan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat terhadap individu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dan rasuah.

4. Hakikatnya tidak lain tidak bukan ia mesti Azman Ali, abang Azmin Ali atau abang Shamsidar isteri Azmin. Sejak Aboy ditangkap Azman antara keluarga Azmin yang cuak dan berusaha menutup segala cacat cela. Beliau dikatakan setiap hari menghubungi Azmin Ali bimbang dengan tangkapan SPRM. Aboy telah memecahkan banyak rahsia pemberian rasuah syarikat untuk Azmin dan keluarga mereka.

5. Pendedahan terbaru Kondominium Mewah G Residence milik Aboy berharga kira-kira RM 2 juta pastinya memberi tekanan kepada Azmin Ali sebagaimana kisah Adam Rosly yang akhirnya tumbang selepas rumah serta kenderaan mewahnya didedahkan sehingga menipu siasatan SPRM.