Wednesday 28 December 2016

VIDEO PENDEDAHAN KENAPA ANINA DIPECAT & SERANGAN TERBARU ANINA KEPADA MUHYIDDIN SELEPAS DIPECAT



1. Selepas dipecat Anina meneruskan kontroversi menyerang Tan Sri Muhyiddin. Sebelum ini Datuk Seri Khairuddin orang kepercayaan Tun M menggesa Muhyiddin membersihkan namanya skandal dengan isteri orang. Bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin, percaya nasibnya mungkin berbeza jika Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi presiden parti itu. 



2. Beliau yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Srikandi PPBM pada 2 November dan dipecat 25 Disember lalu, percaya pemecatannya dibuat atas arahan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Jika (Pengerusi PPBM) Dr Mahathir yang menjadi presiden, keputusannya pasti berbeza. Saya percaya keputusan Majlis Presiden ini tiada kaitan dengan pengerusi," katanya

3. Anina turut mempersoalkan kewujudan Majlis Presiden dalam PPBM kerana perlembagaan parti itu tidak menyatakan mengenai kewujudan majlis berkenaan. Ketika Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung, Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh, memaklumkan perkara pemecatannya  kedua-duanya menyatakan keputusan itu dibuat oleh Majlis Presiden. 


"Saya tidak sedar kewujudan majlis ini. Sepanjang pengetahuan saya sebagai antara tujuh orang pengasas PPBM, tidak ada dalam perlembagaan parti menyatakan kewujudan Majlis Presiden. Mungkin ia ditubuhkan oleh Muhyiddin," katanya.
4. Pendedahan Skandal Seks Anina adalah faktor besar pemecatan Anina namun tidak disangkal sikap Anina yang suka mendabik dada, sombong dan mahu menentang Mukhriz dibelakang tabir mempercepatkan lagi pemecatan itu. Bagi Mukhriz tentu ini peluangnya untuk meranapkan Anina yang bercita-cita besar sebagai Ahli Parlimen Langkawi. Pendedahan audio dan video kesombongan Anina seperti video di atas mula tersebar siapa Anina sebenarnya.

5. Perang Anina terhadap Muhyiddin dan Mukhriz mungkin akan lebih menarik lagi selepas ini.


3 comments:

  1. Habibur rahman kadir shah

    ReplyDelete
  2. Hamboi kemain besaq bijik dia, belum lagi jadi wakil rakyat.

    ReplyDelete
  3. Tahniah habibur rahman kadir shah..boleh jadi menteri lepas ni.

    ReplyDelete