Friday 2 June 2017

LAPORAN KE SPRM TANAH LEBUHRAYA PEEL BERI LALUAN SIASATAN TERHADAP TAN KOK PING PROKSI LIM GUAN ENG?


1. Nampaknya laluan Tan Sri Tan Kok Ping proksi Lim Guan Eng ke penjara semakin hampir. Sebelum ini Tan Sri Tan Kok Ping juga berdepan dengan tuduhan melarikan diri dari membayar cukai, taikun judi tanpa lesen dan membayar rasuah kepada pegawai penguatkuasa. Jika Dato' Seri Khor Teng Tong Hunza Group boleh diheret tak mungkin Tan Kok Ping tak boleh!

2. Artikel Captain M sebelum ini mendedahkan di belakang penjualan tanah di Lebuh Raya Peel secara rundingan terus adalah Tan Kok Ping. Baca di sini
Kredit Infografik: Persatuan Anak Jati Pulau Pinang
3. Hari ini kontroversi penjualan tanah awam di Lebuh Raya Peel oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang memasuki episod baharu apabila beberapa gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diketuai Pengerusi Persatuan Anak Jati Pulau Pinang, Datuk Huan Cheng Guan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri di Jalan Sultan Ahmad Shah,Pulau Pinang. 





4. Cheng Guan dalam laporannya berkata, pihaknya terkejut kerana tanah berkenaan yang bernilai ratusan juta telah dijual secara tanpa tender terbuka kepada syarikat luar negara malah kerajaan negeri rugi hampir RM30.28 juta. Ia dijual dibawah harga pasaran dengan menggunakan penilaian JPPH yang tamat tempoh.

5.  Pada Captain M, sebenarnya ramai yang tahu siapa dibelakang penjualan tanah ini namun takut mendedahkan kerana bimbang disaman oleh Tan Kok Ping dan Lim Guan Eng. Maklumlah mereka jutawan kaya raya wang bukan halangan untuk menyaman pihak-pihak yang mengancam mereka.



6. Laporan yang dibuat NGO diketuai Datuk Huan Cheng Guan setidaknya menjadi rekod penting sebagai laluan untuk SPRM menyiasat kes ini terutama siapa di belakang penjualan tanah ini. Bagaimana tanah ini diluluskan secara rundingan terus tanpa tender? pastinya ada individu yang boleh mempengaruhi Lim Guan Eng. Penglibatan anak Tan Kok Ping, Tan Poay Seng dalam Island Hospital Sdn Bhd yang dibeli syarikat Singapura boleh menjadi asas siasatan SPRM.



7. Tentunya kepentingan Tan Poay Seng anak Tan Kok Ping didalam Islands Hospital Sdn Bhd memudahkan urusan penjualan tanah Peel Avenue sehingga syarikat milik Singapura itu hanya perlu membayar pendahuluan sebanyak RM30 Juta dan bakinya sebanyak RM126 Juta dibuat selepas tempoh 2 tahun memperolehi kelulusan lesen bagi operasi hospital mereka. Begitu yakin mereka dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meluluskan lesen mereka?

8. Tentunya juga kerugian RM 30.28 juta Kerajaan Negeri dari penilaian 3 September 2015 hingga 19 Disember 2018 faedah terhadap harga tanah (RM126 Juta x 8%pa x 3 Tahun) terus dipejam mata oleh Lim Guan Eng demi perniagaan proksinya Tan Kok Ping dan anaknya.

9. Apa jadi dengan tanah Taman Manggis yang dijual kepada KLIDC rakan niaga Phang Li Koon penjual banglo murah kepada Lim Guan Eng? Hendak bina hospital swasta tanah itu digadai kepada bank untuk mendapatkan pinjaman. Akhirnya hospital tak terbina sehingga sekarang. Kali ini jual tanah untuk buat hospital juga.  Lim Guan Eng ni terkena badi hospital swasta. Hopsital swasta membawa rebah!

10. Kita amat yakin dengan keupayaan siasatan SPRM. Memandangkan siasatan terhadap Tan Sri Tan Kok Ping sebagai taikun judi, pembayar rasuah penjawat awam dan pengubahan wang haram bukan perkara baru diharam siasatan ini akan menemukan kepentingan Lim Guan Eng dengan Tan Kok Ping dalam jualan tanah Peel Avenue ini. Apa hebatnya Island Hospital Sdn Bhd sehingga diberi peluang rundingan terus tanpa tender? Pastinya insan dibelakang tabir penjualan tanah ini. 

Captain M
2 Jun 2017

3 comments:

  1. lim guan eng perompak broker tanah terulung

    ReplyDelete
  2. SORM mohon siasat Najin sepertimana dakwaan DoJ. Tangkap Riza Aziz, tangkap Jho Low

    ReplyDelete