Thursday 20 April 2017

RUMAH DISNEYLAND AMPANG DISITA AKHIRNYA ADAM ROSLY DIDAKWA 21 APRIL 2017 KERANA MENIPU PEMILIKAN HARTANYA!



1. Akhirnya Adam Rosly, 28 tahun Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR Cabang Ampang yang disiasat berkaitan kesalahan rasuah dan pengubahan wang haram dari syarikat-syarikat kawalannya sehingga kaya luar biasa dari projek kerajaan negeri Selangor bakal didakwa jumaat ini (21 April 2017). Sama-sama kita nantikan!

2. Adam Rosly sebagai Pegawai Khas Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang menggunakan kedudukannya untuk membolot projek kerajaan negeri Selangor di mana Zuraida Kamaruddin sebagai Timbalan Pengerusi PKR Selangor yang diberi mandat oleh Azmin Ali bagi menentukan projek-projek PBT Selangor. Adam juga punya hubungan rapat dengan Azmin Ali MB Selangor. 

3. Pada 10 Februari lalu Adam Rosly dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berkaitan akaun-akaun, harta alih dan tak alih yang Adam miliki namun Adam jutawan PKR itu dikatakan telah mengemukakan dokumen palsu berkaitan harta-hartanya, termasuklah rumah Disneyland yang berharga lebih RM 1 juta (dinyatakan Adam sebagai rumah lelong), hartanah dan deretan kereta mewahnya atas nama isteri dan milik 'taukeh'. Rumah Disneyland Adam dianggarkan RM1.2 juta turut disita SPRM.
"13 April lalu Adam dipanggil semula SPRM seterus ditahan reman 5 hari dan kemudiannya tahanan reman dilanjutkan 4 hari sehingga didakwa esok 21 April 2017 (Jumaat)"

Monday 17 April 2017

DULU ADAM ROSLY BERI MERCEDES BENZ C200 KEPADA ZURAIDA, KINI ZURAIDA BUANG ADAM KERANA SIASATAN SPRM!

Sayang Adam Rosly kepada YB Zuraida sehingga beri Mercedes kepada Zuraida. Adam yang menguruskan semuanya. Zuraida hanya pandu dan bergaya

1. Semalam media massa mengasak Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin yang dikaitkan dengan Adam Rosly. Setelah agak lama berdiam diri 16 April telah membuka mulut Azmin dan Zuraida. Azmin bermain pada jangan membuat tuduhan selagi tidak bersalah manakala Zuraida pula 'membuang' Adam sebagai bukan pegawainya.Dunia dikala tersepit.



Dulu Adam Rosly dikatakan pernah bersama PAS. Namun PAS tidak memberi kekayan untuknya maka Adam berpaling tadah menyertai Zuraida Kamaruddin MP Ampang sebagai Pegawai Khasnya. Pelantikan politik tidak semestinya memerlukan bukti bersurat. Hakikatnya warga Ampang tahu Adam adalah orang kanan
Zuraida sehingga ke tahap
Ketua AMK Ampang atas restu Zuraida. 

2. Apalah nasib Adam Rosly seorang budak muda bekerja dengan Zuraida sejak tahun 2013 sebagai Pegawai Khas MP Ampang. Bukan rahsia lagi di Ampang. Cuma dulu dia taklah sekaya mana. Apabila ikut Zuraida kekayaan beliau menjadi luar biasa. Maklumlah sebat semua projek PBT Selangor yang dikuasai Zuraida. Tiada lagi Solidariti Zuraida seperti pertama kali isu rumah Disneyland Adam didedahkan. Apakah ini petanda menunjukkan Adam bakal dibiarkan bersendirian dan menjadi kambing hitam Zuraida?


Thursday 13 April 2017

LEBIH RM5 JUTA HARTA ADAM DAN ZURAIDA BAKAL DIBEKU SPRM PUNCA ZURAIDA DISINGKIR AZMIN?



1. Malam ini Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang pasti tidak boleh tidur apabila orang kanan kesayangannya Adam Rosly Ketua AMK Ampang memberi keterangan kepada  SPRM untuk kali ketiga.Sebelum ini pada 10 dan 22 Februari lalu. Hari ini juga Adam Rosly digari dan ditahan oleh SPRM.  Apa yang merisaukan Zuraida jika apa yang dikenakan kepada Adam bukan setakat Akta SPRM 2009 tetapi Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).



Zuraida bimbang apa akan terjadi dengan hasil projek-projek
 PBT di Selangor yang  beliau monopoli bersama Adam Rosly. Jika dibekukan bagaimana? Atau adakah Zuraida dan Adam sempat memindakannya ke tempat lain wang-wang simpanan serta penama aset?

Wednesday 12 April 2017

JUAL TANAH BUMIPUTRA PULAU PINANG SPRM TANGKAP TAIKUN HUNZA GROUP PROKSI LIM GUAN ENG!

Hubungan Dato' Seri Khor Teng Tong Pemilik Hunza Group dengan
Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang
bukan lagi rahsia

1. Susulan penahanan Dato' Syed Mohamad bin Syed Murtaza  pemegang ama­nah di Yayasan Bumiputra Pulau Pinang Berhad oleh SPRM 31 Mac lalu berhubung siasatan kes salah guna kuasa dan kedudukan untuk menerima rasuah telah membuka jalan kepada penahanan sahabat baik dan proksi Lim Guan Eng pemilik Hunza Properties Berhad (Hunza Group) dan anaknya Datuk Khor Siang Gin Pengarah Urusan Hunza Properties Berhad. 


Akhirnya mereka dikandangkan oleh SPRM. Mereka ingat kekayaan dan wang boleh membeli semua orang?


Tuesday 11 April 2017

RM155.4 JUTA HAMPIR LESAP, 10% MASUK POKET SHAFIE APDAL & PETER ANTHONY TETAPI RISDA TIDAK LAPOR SPRM?




1. Sumber dalaman RISDA memaklumkan selepas dilaporkan kepada pihak polis pada Mac 2016 berhubung wang pendahuluan RISDA RM15.5 Juta lesap oleh firma guaman Micheal UBU & Co milik Naib Presiden KDM yang juga Peguam Peter Anthony kes itu tidak pernah dilaporkan kepada SPRM. 




2. Ia tidak menghairankan kerana sebelum ini seorang blogger bernama Musli Oli pernah mendedahkan perbualannya dengan Pengerusi RISDA berhubung kes wang pendahuluan itu dalam Facebooknya. Jika memberi peluang kepada syarikat dan peguam membayar balik serta ada pihak dari RISDA yang meluluskannya atas arahan Shafie Apdal ketika itu ia jelas salah guna kuasa dan terdapat pihak yang mendapat komisen dari wang pendahuluan itu!. Persoalannya mengapa rasuah dan salahguna kuasa Shafie Apdal, KP RISDA, Peter Anthony dan Peguam itu tidak dilapor kepada SPRM?


Saturday 8 April 2017

[VIDEO] SPRM BUKA LAMPU HIJAU SIASAT RASUAH AZMIN ALI! MEROYANLAH PROKSI-PROKSI AZMIN ALI




1. 5 April lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia membuka semula kertas siasatan berhubung kes pemilikan harta luar biasa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sewaktu menjadi Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, 22 tahun lalu yang kesnya diarahkan tutup oleh Anwar Ibrahim.


2. Pengarah SPRM Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah berkata, walaupun kes itu telah ditutup oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1997, namun siasatan kes itu boleh diteruskan semula sekiranya terdapat bukti-bukti baharu yang mengaitkan Azmin Ali Menteri Besar Selangor dengan kes itu tertakluk kepada maklumat dan keputusan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Azam Baki. 

Tuesday 4 April 2017

PANAS! KHALID IBRAHIM AKAN DEDAH BUKTI RASUAH SPLASH DAN AZMIN ALI MB SELANGOR KEPADA SPRM?



"Adakah bermoral bagi seorang MB membiarkan pembayaran terlampau tinggi kepada SPLASH yang akhirnya hanya akan meningkatkan tanggungan hutang negeri sehingga RM3 billion dan kenaikan tarif air kepada rakyat Selangor?" 
- Tan Sri Khalid Ibrahim" 

1. Polemik SPLASH antara BEKAS Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Azmin Ali MB Selangor nampaknya kembali muncul melalui entri terbaru Khalid Ibrahim dalam Facebooknya mengenai sikap Azmin mempersoalkan hal moral berhubung pemberian wang pampasan RM2.7juta kepada tujuh bekas pegawai Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) walaupun telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebagai tiada salah laku dalam pemberian wang pampasan itu.