Monday 6 November 2017

PROJEK RM43 JUTA 'TIPU UMS' PETER ANTHONY DIBUKA SEMULA, SHAFIE APDAL KE SPRM LAGI!



1. Hari ini Shafie Apdal dipanggil lagi ke pejabat SPRM siasatan berhubung kes penyelewengan kontrak penyelenggaraan di Universiti Malaysia Sabah bernilai RM43 juta. Ia sebuah kes lama yang dibuka semula.

2. Captain M pernah menulis kes Peter Anthony ini pada 24 September 2016 pemilik Asli Engineering Sdn Bhd yang menjadi tulang belakang Shafie Apdal menyediakan sejumlah ratusan juta wang rasuah Shafie Apdal ketika di KKLW dahulu. Membuka kes ini kembali amat tepat memandangkan pelantikan KP SPRM yang baru 1 Ogos 2016 berbeza dengan pendekatan Tan Sri Abu Kassim. 

Senang kerja Tan Sri Abu Kassim KP SPRM lama dulu kawan baik Shafie Apdal. Ada kaitan dengan Shafie mohon tutup. Kalau ini bertemu buku dengan ruaslah. Kes Zahida Rafik, Mara Inc apa jadi masa TS Abu Kassim? simpan bawah karpet je.

3. Tahniah SPRM kerana berani bertindak! Ini bukan zaman Tan Sri Abu Kassim sahabat Shafie Apdal semua kes diletak bawah karpet. Ada kes tetapi tidak mahu dituduh. 

Tuesday 31 October 2017

'MONEY TRAIL': RM 48 JUTA DUIT SHAFIE APDAL DITEMUI, 14 SYARIKAT MENGAKU BERI DUIT KEPADA ADIKNYA



1. SPRM dikatakan telah menjejak wang RM48 juta dari 14 syarikat yang yang dikawal oleh adik Shafie Apdal iaitu Datuk Yusof, Hamid Apdal dan beberapa kontraktor proksi Shafie Apdal. 9 lagi masih disiasat.

2. Sebelum ini SPRM telah membekukan RM180 juta akaun dari beberapa syarikat dan individu. 

3. The Star dan The MalaysianInsight turut melaporkan berita ini namun nampaknya media perdana lain menjadi pemerhati mungkin bimbang dari sudut sumber berita.


4. Bukanlah sesuatu yang menghairankan dengan 'mark up' harga projek 15% hingga 25 % menggunakan orang tengah seperti Datuk Yusof dan Hamid atau beberapa proksi lain. Bagi projek tender terbuka dan "rundingan terus'  komisen lebih besar dan dikawal oleh orang kepercayaan Shafie Apdal. Biasanya ini lebih mudah. 

Monday 30 October 2017

SHAFIE APDAL MENGAPA SEKARANG TERJAWAB! SALAH GUNA KUASA : 14 SYARIKAT TERBUKTI 9 LAGI MENYUSUL

Mengapa dulu Shafie tak ditangkap?
Persahabatan Shafie Apdal dan Tan Sri Abu Kassim:
Kes kehilangan RM200 RIBU wang Zahida Rafik yang dikaitkan dengan Shafie Apdal ialah pada Mac 2012, namun Shafie Apdal dan Tan Sri Abu Kassim bekas  KP SPRM bertemu pada 10 April 2012 menyelesaikan kes ini. Atas nasihat Abu Kassim Shafie Apdal menafikan beri wang pada 23 April 2012.  Akhirnya 
Kes Zahida Rafik Pengubahan Wang Haram  RM1.5 juta dari Shafie Apdal dimasukkan dalam akaun Zahida Rafik juga diarahkan  ditutup oleh TS Abu Kassim. Sebelum itu Tian Chua dan MP pembangkang mendedahkan rasuah Shafie Apdal 2009 BELB tidak dilayan Tan Sri Abu Kassim. Kini! Shafie Apdal tak boleh permainkan SPRM

[SIRI 2: Rasuah & salahguna kuasa Shafie Apdal]

1.  Jika ditanya mengapa kes Shafie Apdal tidak disiasat dahulu ketika dia menteri?  Mudah saja, Tan Sri Abu Kassim bekas KP SPRM dahulu dan Shafie Apdal adalah sahabat akrab. Sahabat "cium mulut".  Tan Sri Abu Kassim tak mahu siasat. Jadi tutuplah buku. Jadi mengapa sekarang siasat dan tangkap? Sekarang Tan Sri Dzulkifli Ahmad KP SPRM dan Datuk Seri Azam Baki Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM bukan kawan dia, ada laporan rasuah dan ada bukti. Mestilah tangkap!

2. Sehari selepas ditahan SPRM Shafie Apdal kembali ke kawasannya Parlimen Semporna. Bukan main dia sombong bersuara akan mendedahkan siapa Tan Sri Musa Aman Ketua Menteri Sabah. Penuh bersemangat dengan nada mengugut. Dia baru nak panas enjin orang lain dah nak dakwa dia di mahkamah. Apakah Shafie Apdal akan menggugat Musa Aman dengan pendedahannya di Dewan Rakyat? Atau dia dahulu mendapat khabar berita syarikat yang membayar rasuah kepada adik dan dirinya?

3. Ketua Wira Warisannya Azis Jamman yang juga direman SPRM selama lima hari 10 Oktober lalu turut mencabar pihak tertentu membuktikan projek KKLW ketika zaman Shafie adalah gagal. Katanya dengan sombong;
"Ada kata Shafie memiliki 23 syarikat dan projek (bernilai) RM1.5 bilion. Saya mahu tanya orang- orang Umno. Mana projek KKLW yang terbengkalai? Mana yang tak siap. Yang lebih lucu ini projek tahun 2009, ada yang 2013 mengapa sekarang baru tangkap?" - Ajis Jamman
4. Yang siasat SPRM tapi mereka tuduh UMNO, sedangkan dalam kes Skandal KKLW RM 1.5 bilion turut dipanggil ialah pemimpin UMNO seperti Yusof Apdal Adun Lahad Datu, Ketua Pemuda Tenom dan Tawau. 

Thursday 26 October 2017

MENGEJUTKAN! 23 SYARIKAT MILIK ADIK SHAFIE APDAL MONOPOLI PROJEK KKLW LESAPKAN DANA RM1.5B





[SIRI 1: Rasuah & salahguna kuasa Shafie Apdal]


1. Hari ini nampaknya Parti Warisan menggerakkan tabung derma wang jaminan kepada Shafie Apdal untuk hari jumaat ini. Apakah Shafie Apdal bebas jumaat ini atau reman terus disambung jumaat? Warisan berusaha mengangkat Shafie Apdal sebagai hero rakyat wal hal Shafie seorang pelaku rasuah. Mereka terus mengajak pengikut mereka menyokong perlakuan pemimpin rasuah.

Orang kaya minta derma atau satu agenda tak mahu tunjuk Shafie Apdal punya wang ratusan jutaan ringgit

2. Penasihat dan pengikut Shafie Apdal tidak mahu percaya Shafie Apdal telah menyeleweng dana RM 1.5 bilion KKLW. Sejak tahun lalu pelbagai bukti didedahkan malah kuasa Shafie Apdal sebagai Menteri yang menggunakan kuasanya dibawah Akta Fungsi Menteri 1969 dan Akta Kontrak 1949. 

3. Begitu ramai saksi yang dipanggil, 13 orang yang ditahan reman, penangkapan adik Shafie Apdal iaitu Hj Hamid Apdal dan Datuk Yusof Apdal pastinya telah membuka ruang kepada pertuduhan kes rasuah Shafie Apdal. Ia diperkukuhkan lagi oleh penangkapan Norhartaty Rahmat bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Infrastruktur KKLW dan Izhar Idrus bekas Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Shafie Apdal.

Monday 23 October 2017

SHAFIE APDAL GOYANG TERTANGKAPNYA SETIAUSAHA SULIT & PENGAKUAN RASUAH HARTATY TSUB KKLW?


1. Selepas Shafie Apdal ditahan SPRM pada 19 Oktober lalu (Khamis) dua bekas pegawai Shafie Apdal ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di KLIA  selepas mereka menghantar Shafie untuk berlepas ke Kota Kinabalu.

2. Dua pegawai yang direman SPRM itu ialah Izhar Idrus dan Zamri Maulan. Izhar Idrus pernah dilantik sebagai Pegawai Tugas-tugas Menteri KKLW sebelum naik pangkat sebagai Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Menteri KKLW menggantikan Dato' Abd Karim Mustafa. Zamri Maulan adalah bekas Setiausaha Akhbar Menteri KKLW. Mereka kini ditahan reman selama lima hari sehingga Selasa.

Sunday 22 October 2017

SPRM PERLU GELEDAH RUMAH SHAFIE APDAL DI SOLARIS DUTAMAS, SUBANG JAYA & LONDON. RAKYAT PERLU TAHU!



1. Semalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah rumah Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang terletak di Taman Golf View dekat Penampang selepas keluar dari Hospital Queen Elizabeth.

2. Shafie Apdal yang ditahan SPRM 19 Oktober lalu mengadu tekanan darah tinggi selepas kurang 4 jam disiasat SPRM. Rekod perubatan mengesahkan Shafie Apdal sihat. Shafie hanya berlakon sakit dan mengelak untuk memakai pakaian 'baju lokap' oren SPRM serta digari. 

3. Serbuan ke rumah Shafie Apdal adalah perkara biasa bagi SOP SPRM. Memandangkan puak-puak pembangkang Sabah berbangga menunjukkan rumah Shafie Apdal di Taman Golf View Penampang itu. Kita mohon SPRM geledah juga rumah Shafie Apdal di beberapa tempat yang SPRM sudah sedia maklum iaitu;

i. Banglo Mewah Solaris Dutamas berharga  lebih RM10 juta  itu. Rumah baru Shafie atas lot tanah dibeli. 
ii. Rumah 2 tingkat di Subang Jaya
ii. Banglo Shafie Apdal di London.

4. Elok SPRM dedahkan supaya rakyat Sabah terutama penyokong Warisan sedar bahawa betapa tertipunya mereka dengan lakonan Shafie Apdal yang berpura-pura marhaen tetapi kaya-raya hasil komisen rasuah ketika menjadi Menteri KKLW dulu.



5. Cuba fikir mengapa Adik Shafie Apdal yang dulu tak kerja tapi kaya-raya kini ditahan SPRM? Haji Hamid Apdal dan juga Yusof Apdal. Mereka hanya berlindung dibalik nama-nama syarikat yang memberikan komisen.  Hanya Yusof Apdal bernasib baik menjadi calon Dun Lahad Datu menggunakan kekayaannya hasil projek KKLW untuk bertanding. Menantu Hamid Apdal, Manzur Hussien pun berlindung dibalik kekayaan mentuanya ditahan SPRM.


6. Tengok rumah mewah adik-adik Shafie Apdal. Dilaporkan ubahsuai rumah Hamid Apdal tandas pun seperti tandas hotel JW Marriot Kuala Lumpur. Dari mana semua kekayaan ini? Jika Shafie memberi projek kepada ahli keluarganya ia adalah satu salah guna kuasa.

Friday 20 October 2017

DOKTOR SAHKAN SHAFIE APDAL SIHAT, REMAN 4 HARI MENGAPA BERLAKON SAKIT?

Cuba tengok muka pembohong, penipu dan makan harta rakyat luar bandar. Tidak berkat. Lambat laun akan ditangkap juga

1. Akhirnya Presiden Parti Warisan Sabah, Dato' Seri Shafie Apdal direman 4 hari berhubung siasatan skandal KKLW RM1.5 bilion. Inilah impian Shafie Apdal mahu membuktikan kepada SPRM sebagaimana janjinya. 

2. Belum sampai 24 jam ketika Shafie Apdal dipanggil ke pejabat SPRM semalam, beliau dilaporkan ke hospital kerana mengalami tekanan darah tinggi. Wayang Shafie Apdal bagi mengelak reman lama, gari dan baju 'Lokap SPRM'

3. Shafie tiba di mahkamah dengan sebuah ambulans, terpaksa menunggu lebih 30 minit sebelum dibawa ke kamar majistret oleh pegawai SPRM. Shafie berjaya dengan lakonan tidak digari dan memakai baju 'Lokap SPRM'. 

4. Para Peguam Shafie Apdal berusaha untuk menjadikan Shafie kelihatan 'sakit' dengan meminta membawanya ke Hospital Queen Elizabeth II untuk pemeriksaan kesihatan dan tekanan darahnya. 

5. Sumber menyatakan doktor yang merawat Shafie Apdal mengesahkan Shafie Apdal sihat hanya sedikit terkejut dengan persekitaran penahanan SPRM. Lantaran itu mahkamah majistret memberikan kelulusan tahanan reman selama 4 hari (tambahan 2 hari) Sabtu dan Ahad dan bakal disambung reman Isnin depan.